Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran membantu penjaja di lampu isyarat dengan menyediakan tapak perniagaan yang sesuai dan strategik. <br /><br />Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu bagi mengekang aktiviti berniaga di lampu isyarat yang disifatkan membahayakan keselamatan peniaga dan pengguna jalan raya.
